Selasa, 17 November 2009

CONTOH KERTAS KERJA PERKHEMAHAN

PERKHEMAHAN PASUKAN BADAN BERUNIFORM
SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH TEKNIK
NEGERI PERAK
KALI KE- 4 TAHUN 2007







Kertas Cadangan






TARIKH
29 JUN 2007 – 02 JULAI 2007


Tempat :

TAPAK PERKHEMAHAN
SEKOLAH MENENGAH TEKNIK SERI MANJUNG
32040 SERI MANJUNG.








PERKHEMAHAN PASUKAN BADAN BERUNIFORM
SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH TEKNIK NEGERI PERAK
KALI KE EMPAT 2007.


1. PENDAHULUAN

Perkhemahan Badan Beruniform Sekolah-sekolah Menengah Teknik Negeri Perak merupakan aktiviti tahunan pembinaan pemaufakatan serta integrasi antara para pelajar serta guru-guru bagi semua sekolah menengah Teknik di negeri ini. Pasukan unit beruniform merupakan tunjang pembinaan disiplin serta sahsiah dikalangan para pelajar dan ianya dimantapkan lagi menerusi aktiviti yang dilaksanakan secara berpasukan dalam perkhemahan yang dilaksanakan ini.

2. LATAR BELAKANG

Perkhemahan Pasukan Badan Beruniform ini telahpun diilham serta dimulakan pada tahun 2004 di mana SMT Slim River bertanggungjawab sebagai pengasasnya dan seterusnya disusuli oleh SMT Taiping pada 2005.Pada tahun 2006, SMT Teluk Intan bertanggungjawab sebagai penganjur yang ke tiga dan kini SMT Seri Manjung diamanahkan pula sebagai tuan rumah bagi perkhemahan ke empatnya Justeru itu,segala perancangan dan persiapan telah diadakan untuk memastikan semua anggota perkhemahan akan dapat menikmati suasana sebenar perkhemahan melalui penganjuran aktiviti-aktiviti yang telah dirancang.


3. RASIONAL

Perkhemahan yang dijalankan akan dapat menyemai semangat perpaduan kaum, disiplin yang tinggi dan menjana etika bekerjasama dalam menjayakan sesuatu aktiviti.Ianya juga mampu membina ketahanan mental, fizikal ,keyakinan dan jati diri serta membentuk ketrampilan diri pelajar agar selaras dengan falsafah pendidikan negara.


4. OBJEKTIF

4.1 Melahirkan anggota kadet yang berdisiplin dan bersemangat juang untuk memastikan kecemerlangan yang seimbang dalam bidang kokurikulum dan kurikulum.
4.2 Untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada para pelajar tentang aspek perkhemahan secara menyeluruh.
4.3 Untuk memupuk semangat kerjasama dan berdikari serta meningkatkan motivasi dan keyakinan diri setiap peserta.
4.4 Menjadikan unit beruniform suatu badan yang diminati oleh pelajar.
4.5 Memberi pengiktirafan serta motivasi kepada pelajar yang cemerlang dalam unit beruniform serta guru yang banyak memberikan sumbangan dalam memajukan unit uniform.
4.6 Membina intergrasi serta persefahaman dalam permaufakatan antara pelajar serta guru-guru semua sekolah menengah teknik di negeri Perak.


5. PELAKSANAAN

5.1 TARIKH : 29 JUN 2007- 02 JULAI 2007
5.2 TEMPAT PERKHEMAHAN : Tapak Perkhemahan,
SM Teknik Seri Manjung.
5.3 PENDAFTARAN : 29 JUN 2007 jam 02.45 pm
5.4 PERASMIAN PENUTUP : 02 JULAI 2007 jam 09.30 am






6. SASARAN

6.1 Setiap kontingen perlu menghantar sejumlah 11 peserta Putera dan 11 peserta
Puteri untuk menyertai perkhemahan ini
6.2 Kategori pemilihan peserta:
6.2.1 Peserta yang menyertai perkhemahan ini terdiri daripada pelajar tingkatan empat yang bergiat cergas dan aktif dalam kegiatan yang dijalankan di peringkat sekolah

6.2.2 Para peserta diwajibkan mempunyai tahap kesihatan yang baik dan tidak mengalami sebarang penyakit yang berbahaya serta kecederaan supaya mereka mampu mengikuti semua aktiviti lasak yang dijalankan.

6.2.3 Pecahan Peserta adalah seperti berikut:
SMT Perak PUTERA PUTERI Calon Kadet terbaik (L&P) GURU
PENGIRING JURULATIH JUMLAH
SMT LEBUH CATUR 10 10 2 1 1 24
SMT PERSIARAN BRASH 10 10 2 1 1 24
SMT TAIPING 10 10 2 1 1 24
SMT GERIK 10 10 2 1 1 24
SMT KUALA KANGSAR 10 10 2 1 1 24
SMT SERI ISKANDAR 10 10 2 1 1 24
SMT SERI MANJUNG 10 10 2 1 1 24
SMT KERIAN 10 10 2 1 1 24
SMT SLIM RIVER 10 10 2 1 1 24
SMT TELUK INTAN 10 10 2 1 1 24
JUMLAH 100 100 20 10 10 240



6.2.4 Pecahan Jurulatih dan Urusetia

BIL PENGLIBATAN BILANGAN JUMLAH
1 Jurulatih SMT Seri Manjung 20 40
2 Urusetia SMT Seri Manjung 20
3 Jurulatih Badan Bantuan
- Polis
- Bomba
- Tentera Laut Di Raja Malaysia 20 20




7. KONSEP PERKHEMAHAN

Pemantapan Intergrasi
Intergrasi melalui aktiviti
a) Flying Fox
b) Abselling
c) Terowong cekal
d) Lawatan


Intergrasi menerusi kumpulan
a) Sessi LDK
b) Senaman pagi
c) Pengurusan perkhemahan


Pertandingan
Kumpulan Intergrasi
a) Larian berhalang
b) Orentering
c) Berbasikal
d) Memasak Rimba
e) Mendaki dan jungle tracking
f) Menjejak warisan

Antara sekolah
a) Persembahan Nasyid

Khidmas – kawasan perkhemahan

Kerohanian dan moral
Solat Jemaah/kuliah maghrib/subuh bagi orang Islam
Ceramah Moral bagi yang bukan Islam



8. SENARAI JAWATANKUASA

8.1 JAWATANKUASA INDUK PERKHEMAHAN

Penasihat : Pengarah BPPTV Jabatan Pendidikal Teknikal.
Pengarah Pelajaran Negeri Perak.

Pengerusi : Pengetua SMT Kuala Kangsar

Setiausaha : Pengetua SMT Lebuh Cator

Bendahari : Pengetua SMT Seri Manjung

Ahli Jawatankuasa : SEMUA PENGETUA SMT NEGERI PERAK



8.2 JAWATANKUASA PENGELOLA

Penasihat : Pengarah BPPTV Jabatan Pendidikal Teknikal.
Pengarah Pelajaran Negeri Perak.

Pengerusi : Puan Siti Arfah Binti Ibrahim
Pengetua, SMT Seri Manjung.


Timbalan Pengerusi : En Ismail Bin Mokhtar
Penolong Kanan Ko Kurikulum,SMT Seri Manjung.

Naib Pengerusi I : En Mohd Lotpi Bin Razali
Penolong Kanan ,SMT Seri Manjung.

Naib Pengerusi II : En Wan Yusaini Bin Wan Hassan
Penolong Kanan HEM ,SMT Seri Manjung.

Setiausaha : En Muhammad Ali Bin Abdul Kadir

Penolong Setiausaha : Cik Irma Suriani binti Mior Ri

Bendahari : Pn Zainura Bt Md Tahir

Penyelaras Perkhemahan : En Mokhtar Bin Zakaria

Kem Komandan : Tn Hj Musthafa Bin Ismail

Timb. Kem Komandan : En Suhaimi Bin Ibrahim

Ahli Jawatankuasa Kecil :

8.2.1 URUSETIA DAN PENDAFTARAN
a) Pn Siti Kamariah Bt Mohd Husin
b) En Mohd Shahriman Bin Samarani
c) En Mohammad Onie Izuan Bin M Ariffin
d) Pn Musliha binti Miskam

8.2.2 MAKANAN DAN SAJIAN
a) En Azhar Bin Mat Akhir
b) Cik Mazlinawati Binti Mohd Yusof

8.2.3 PERASMIAN PENUTUP, JURUACARA DAN PROTOKOL
a) Pn Salasiah Bt Tak
b) En Haris Bin Nordin
c) En Md Syahidi bin Awang

8.2.4 KESELAMATAN, KECEMASAN DAN KEBAJIKAN
a) En Shahbudin Bin Hassan
b) En Abdul Razak Bin Md Isa

8.2.5 AKTIVITI, PERTANDINGAN DAN KEJURULATIHAN
a) En Fadhlur Rahman Bin Jamingan
b) En Zainal Hisham Bin Zainal Abidin
c) En Ridaudin Bin Samsuddin
d) Cik Intan Syuhada Bt Ab Rahman

8.2.6 SIARAYA DAN TAYANGAN
a) En Ishak Bin Salasa
b) En Mohamadd Zaki bin Demyati

8.2.7 PERALATAN DAN KHEMAH
a) En Zulkafli bin Abd Hasnan
b) Em Ahmad Marsidi Bin Mohammed

8.2.8 PERSIAPAN TEMPAT
a) En Zainal Abidin Shah Bin Baldev Shah
b) En Zulhafizi bin Ahmad Rahim

8.2.9 SERANTA, BUKU PROGRAM DAN DOKUMENTASI
a) En Nyanaseakaran Sivaratnam
b) Cik Cheah Li Na

8.2.10 HADIAH , SIJIL DAN CENDERAMATA
a) Pn Kamariah Binti Sulaiman
b) Pn Khairiah Binti Abidin

8.2.11 KEROHANIAN, PENGHAYATAN ISLAM DAN MORAL
a) Ustaz Syed Shahrim Bin Shayid Khalim
b) Ustaz Mohd Zulnizam Bin Abdullah Thani

8.2.12 JEMPUTAN DAN SAMBUTAN
a) En Mohd Sulaimi Bin Md Islam
b) Pn Rasilah Binti Ahmad

9. JADUAL

9.1 Jadual Aktiviti (Rujuk Lampiran )
9.2 Majlis Penutup : 02 JULAI 2007

09.30 pagi : Peserta mengambil tempat
09.40 pagi : Ketibaan Dif-dif Jemputan
09.45 pagi : Ketibaan Perasmi VIP ...........................................
- Menerima Tabik Hormat
- Nyanyian Lagu Negaraku
- Pemeriksaan Barisan
- Ucapan Pengerusi Majlis
- Bacaan doa
- Ucapan Pengerusi Pengelola

- Ucapan Perasmian Penutup
- Penyampaian Hadiah dan Cenderahati
- Nyanyian lagu Komuniti Berilmu
- Melapor Akhir
- Jamuan
- Bersurai

10. PENGINAPAN

10.1 Kawasan Perkhemahan – Peserta dan Guru Pengiring
10.2 Bilik / Dorm – Jurulatih dan Urusetia

11. PENGANGKUTAN

11.1 Perjalanan Pergi-Balik disediakan oleh sekolah masing-masing
12. MAKAN MINUM

12.1 Pihak pengelola akan menyediakan makan dan minum sepanjang perkhemahan

13. PAKAIAN DAN KETRAMPILAN PERSERTA

13.1 PEGAWAI: Pakaian No 2, No. 3 dan No. 4 serta separuh uniform
13.2 PESERTA: Pakaian No. 4, No. 3 dan T-Shirt Unit
13.3 PAKAIAN AKTIVITI : T-Shirt yang dibekalkan sahaja
13.4 TUDUNG: Berwarna hijau, hitam atau putih sahaja
13.5 KASUT: Berwarna putih atau hitam sahaja
13.6 RAMBUT (PUTERA): Nombor 2

14. PETI BANTU MULA

Setiap kontingen mesti membawa dua peti bantu mula / pertolongan cemas

15. BORANG PENYERTAAN PEGAWAI DAN PESERTA

15.1 Setiap kontingen perlu mengisi borang penyertaan pegawai dan peserta perkhemahan
15.2 Setiap kontinjen berdaftar hendaklah menyerahkan perkara berikut semasa pendaftaran:
(a) maklumat borang penyertaan dalam bentuk CETAKAN dan DATA (DISKET / CD) berdasarkan format MICROSOFT EXCEL seperti dalam LAMPIRAN.
(b) salinan KEBENARAN WARIS
15.3 Borang penyertaan hendaklah dihantar sebelum atau pada 14/06/.2007 ke SM Teknik Seri Manjung, 32040 Seri Manjung,Perak.
(u.p Pen.Kanan Kokurikulum - En Ismail Bin Mokhtar )
Tel: 05 6881608 / Fax: 05 6886327 H/P: 019 5169430


16. SURAT KEBENARAN DAN STATUS KESIHATAN

16.1 Setiap kontinjen perlu menyediakan surat kebenaran ibu bapa / penjaga untuk
Setiap peserta yang menyertai perkhemahan seperti dalam LAMPIRAN.
16.2 Setiap kontingen perlu memastikan setiap pegawai dan peserta mempunyai
tahap kesihatan yang baik dan bebas daripada sebarang penyakit kronik


17. PERALATAN YANG PERLU DIBAWA

17.1 Sekolah
17.1.1 Khemah peserta
17.1.2 Peti pertolongan cemas
17.1.3 Borang pendaftaran yang lengkap (cetakan dan disket)
17.1.4 Surat Kebenaran Waris
17.1.5 Peralatan aktiviti di tapak perkhemahan (gergaji, cangkul, tali, parang
dan yang berkaitan)
17.2 PESERTA
17.2.1 Pakaian No. 4 atau No. 3
17.2.2 Seluar dan T.Shirt secukupnya
17.2.3 Pakaian Riadah / Sukan termasuk kasut
17.2.4 Pakaian Ibadah
17.2.5 Peralatan peribadi
17.2.6 Ubatan Peribadi


18. HADIAH DAN SIJIL

18.1 Johan, Naib Johan dan Ketiga aktiviti Pertandingan
18.2 Sijil penyertaan diberikan kepada semua peserta yang berjaya.


19. KEWANGAN

SUMBER KEWANGAN

Yuran Penyertaan
Setiap kontingen dikenakan bayaran penyertaan sebanyak RM 4, 000.00 (empat ribu empat ratus lapan puluh sahaja)
Penajaan
Sumbangan














ANGGARAN PERBELANJAAN
Perbelanjaan secara terperinci sila rujuk Lampiran







ANGGARAN PERBELANJAAN KESELURUHAN PERKHEMAHAN


Perkara Jumlah (RM)
Makanan dan minuman 17,700.00
Sewa alatan dan urusan penyediaan tapak 3,900.00
Pengangkutan 600.00
Peralatan aktiviti 6,714.00
Hadiah dan cenderahati 7,240.00
Foto dan dokumentasi 1000.00
Urusetia dan bahan tulis & cetak 2,150.00
Runcit 696.00
JUMLAH KESELURUHAN 40,000.00


20. PERATURAN DAN ARAHAN PERKHEMAHAN

20.1 ARAHAN UMUM

20.1.1 Perkhemahan ini adalah aktiviti yang bersifat latihan menyeluruh. Peraturan
dikeluarkan bagi memastikan kelicinan dan keberkesanan aktiviti di sepanjang
perkhemahan
20.1.2. Arahan yang dikeluarkan oleh Kem Komandan / Timbalan Kem Komandan / Pihak Urusetia menurut ketetapan yang sedia ada atau berdasarkan kepada keperluan semasa perkhemahan
20.1.3 Semua peserta perlu mengikuti semua aktiviti yang telah ditetapkan selengkapnya kecuali mendapat kebenaran bertulis dari Pengurus Pasukan atau pegawai perubatan yang bertugas
20.1.4 Bagi peserta Islam, solat ikut pada waktunya dan dinasihatkan untuk sentiasa berjemaah. Bagi pelajar bukan Islam, sila ikut arahan untuk aktiviti kerohanian
20.1.5 Teguran bersopan antara satu sama lain digalakkan dan pastikan panggilan hormat diutamakan
20.1.6 Dilarang mencetuskan sebarang perselisihan faham.
20.1.7 Utamakan kemesraan bagi mengeratkan lagi tali siratulrahim di sepanjang perkhemahan

“LAPORKAN SEBARANG KEMALANGAN KEPADA URUSETIA DENGAN SEGERA”

20.2 KOMUNIKASI / ALAT KOMUNIKASI

20.2.1 PERHATIAN: Peserta / pelajar tidak dibenarkan membawa `Hand Phone’
semasa perkhemahan

20.3 BAHASA PANGGILAN ATAU GELARAN SEMASA PERKHEMAHAN:

20.3.1 TETAMU – mengikut protokol / panggilan hormat (Contoh: Datuk/Datin)
20.3.2 URUSETIA DAN JURULATIH – Tuan / Puan
20.3.3 PESERTA – Saudara / Saudari / Kadet


20.4 KESELAMATAN:

20.4.1 Adalah menjadi tanggungjawab semua pihak pihak.
20.4.2 Jika berlaku kecemasan, siren akan dibunyikan panjang dan berterusan serta diikuti dengan arahan / arah pergerakan
20.4.3 PERHATIAN: Patuhi arahan / arah pergerakan yang telah ditetapkan.

20.5 AMARAN KERAS DAN TINDAKAN TATATERTIB

20.5.1 Semua jenis senjata, termasuk pisau dan parang adalah ditegah disimpan dalam khemah peserta (perlu disimpan di bawah penyeliaan pegawai kontingen daerah)
20.5.2 Semua bentuk perbuatan sumbang atau menjolok mata ditegah
20.5.3 Kawasan perkhemahan Puteri adalah larangan bagi peserta Putera dan sebaliknya
20.5.4 Tindakan Keras dan Tatatertib ( termasuk dihantar pulang ) akan dikenakan jika terdapat peserta yang ditangkap atau didapati melanggar amaran di atas sama ada disengajakan ataupun tidak disengajakan.

20.6 KETETAPAN & KETEPATAN MASA / PERGERAKAN ANGGOTA

20.6.1 Peserta hendaklah bersiap sedia 15 minit lebih awal daripada masa aktiviti yang telah ditetapkan
20.6.2 Kelewatan mengakibatkan kumpulan akan diambil tindakan/ denda
20.6.3 Semua pergerakan dalam kem perlu dalam kumpulan minimum 2 orang
20.6.4 Peserta dilarang merayau-rayau tanpa tujuan yang sah di kawasan kem
20.6.5 Tiada pergerakan keluar dari kawasan perkhemahan kontinjen selepas jam 12
tengah malam (0000H) sehingga jam 5 pagi (0500H) kecuali terdapat sebarang
kecemasan atau diringi oleh pegawai

20.7 PERATURAN KEBERSIHAN :

20.7.1 Kawasan luar/ dalam khemah mestilah sentiasa berkeadaan bersih dan teratur
20.7.2 Tidak dibenarkan makan atau minum di dalam khemah
20.7.3 Pemeriksaan khemah akan dilakukan oleh Jawatankuasa Kebersihan
20.7.4 Sampah hendaklah dibuang di tempat yang disediakan
20.7.5 Dilarang menebang, mencantas atau mematah sebarang pokok di kawasan
perkhemahan atau sekitarnya
20.7.6 Tempat solat hendaklah sentiasa berkeadaan bersih dan tersusun
20.7.7 Kumpulan bertugas hendaklah memastikan keadaan yang memuaskan dan
teratur sebelum solat bermula
20.7.8 Sila pastikan tandas dan bilik air dalam keadaan terbaik kerana ia adalah untuk
kegunaan ramai dan bersama
20.7.9 Bagi wanita – sila pastikan tuala wanita dibersihkan dahulu sebelum
dibuang ditempat yang sepatutnya.

20.8 PERATURAN KELUAR MASUK

20.8.1 Semua urusan keluar masuk kawasan kem perlu didokumen / dicatatkan dalam
buku keluar masuk serta dimaklumkan kepada urusetia
20.8.2 Dinasihatkan agar dapat meminimumkan pergerakan keluar masuk dari kawasan
kem
20.8.3 Para peserta dilarang sama sekali keluar masuk melainkan mempunyai dokumen
dan tujuan yang sah dari ketua kontinjen masing-masing

21 PENUTUP

Adalah amat diharapkan agar Perkhemahan pasukan Unit Beruniform Sekolah-sekolah Menengah Teknik Negeri Perak Kali ke 4 ini dapat dijalankan dengan lebih cemerlang ke arah kegemilangan yang paling tinggi. Kerjasama daripada para pegawai dan semua pihak yang terlibat begitu diperlukan untuk menjayakan hasrat murni Jabatan Pendidikan Teknikal serta Jabatan Pelajaran Negeri Perak dalam melahirkan insan yang cemerlang serta bersiasiah tinggi.




PERKHEMAHAN PASUKAN UNIT BERUNIFORM
SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH TEKNIK NEGERI PERAK
KALI KE- 4 TAHUN 2007









SEKOLAH



PENDAFTARAN PEGAWAI


NO PANGKAT/NAMA J NO K/P NO H/P
1. Jurulatih
2. Pegawai Pengiring
















…………………………………………………..
( )
Pengetua,
…………………………………….
…………………………………….
…………………………………….





PERKHEMAHAN PASUKAN UNIT BERUNIFORM
SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH TEKNIK NEGERI PERAK
KALI KE- 4 TAHUN 2007





SEKOLAH


PASUKAN
PUTERA


NO NAMA NO K/P UNIT UNIFORM CATATAN
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.

PASUKAN
PUTERI


NO NAMA NO K/P UNIT UNIFORM CATATAN
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.



…………………………………………………..
( )
Pengetua,
…………………………………….
…………………………………….
…………………………………….





PERKHEMAHAN PASUKAN UNIT BERUNIFORM
SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH TEKNIK NEGERI PERAK
KALI KE- 4 TAHUN 2007



SURAT KEBENARAN WARIS

1. Maklumat Ibu/Bapa/Penjaga

Nama :_____________________________________________No.KP: ______________________
Alamat Rumah : ______________________________________No. Tel. Rumah : ____________
_____________________________________ _No. H/Phone : ______________

2. Maklumat Murid

Nama :_____________________________________________No.KP: ______________________
Alamat Rumah : ______________________________________ Tingkatan : ____________
______________________________________

Dengan ini saya mengizinkan anak/ jagaan saya mengikuti PERKHEMAHAN PASUKAN BADAN BERUNIFORM SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH TEKNIK NEGERI PERAK KALI KE- 4 TAHUN 2007
yang akan diadakan seperti butiran berikut :

Tarikh : 29 Jun hingga 02 Julai 2007
Tempat : Sek Men Teknik Seri Manjung, 32040 Seri Manjung.

Saya sedia maklum bahawa di dalam aktiviti ini, para jurulatih dan urusetia sentiasa bersedia serta mengambil segala langkah keselamatan yang secukupnya di sepanjang aktiviti perkhemahan yang dilaksanakan.Saya percaya dan penuh yakin bahawa keselamatan dan disiplin sentiasa akan diberi perhatian utama oleh pegawai/guru yang telah diamanahkan.

Sekiranya kesihatan anak/jagaan saya terganggu dalam masa perkhemahan, maka saya dengan sepenuh hati membenarkan guru/pihak pengurusan perkhemahan menguruskan bagi pihak saya untuk mendapatkan rawatan perubatan.


Yang benar,

………………………………………………………… Tarikh :
( Tandatangan Ibu/ Bapa/ Penjaga )


Disahkan oleh,

……………………………………………………….. Tarikh :
( Tandatangan Guru Besar dan Cop Rasmi)

Catatan : Hendaklah diisi dalam dua salinan. Disimpan 1 (satu) oleh ibu/ bapa/ penjaga dan 1 (satu) salinan diserahkan kepada urusetia semasa pendaftaran






PERKHEMAHAN PASUKAN UNIT BERUNIFORM
SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH TEKNIK NEGERI PERAK
KALI KE- 4 TAHUN 2007









SEKOLAH


Biodata Pelajar :
1 Nama
2 Tingkatan
3 Kursus
4 Unit Uniform
5 Pangkat
6 Pencapaian/
Sumbangan









7 Ulasan Pengetua





…………………………………………………..
( )
Pengetua,
…………………………………….
…………………………………….
…………………………………….




PERKHEMAHAN PASUKAN UNIT BERUNIFORM
SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH TEKNIK NEGERI PERAK
KALI KE- 4 TAHUN 2007









SEKOLAH



Biodata Pelajar :

1 Nama
2 Tingkatan
3 Kursus
4 Unit Uniform
5 Pangkat
6 Pencapaian/
Sumbangan









7 Ulasan Pengetua



…………………………………………………..
( )
Pengetua,
…………………………………….
…………………………………….
…………………………………….




PERKHEMAHAN PASUKAN UNIT BERUNIFORM
SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH TEKNIK NEGERI PERAK
KALI KE- 4 TAHUN 2007







SEKOLAH



Biodata Pegawai :

1 Nama
2 No K/P
3 Umur
4 Unit Uniform
5 Pencapaian/
Sumbangan










6 Ulasan Pengetua




…………………………………………………..
( )
Pengetua,
…………………………………….
…………………………………….
…………………………………….
Cadangan Aktiviti



Platun 1
Platun 2
Platun 3
Platun 4

Kompeni

A -Flying Fox
-Abselling
-Terowong Cekal
( Balai Bomba )
Orientering Bandar
( Seri Manjung )

Pertandingan Lari Berhalang
( Kawasan SMTSM )

Berbasikal
( Kg. Permatang )
Orientering Bandar
( Seri Manjung )
-Flying Fox
-Abselling
-Terowong Cekal
( Balai Bomba )
Berbasikal
( Kg. Permatang ) Pertandingan Lari Berhalang
( Kawasan SMTSM )

Pertandingan Lari Berhalang
( Kawasan SMTSM )
Berbasikal
( Kg. Permatang ) -Flying Fox
-Abselling
-Terowong Cekal
( Balai Bomba ) Orientering Bandar
( Seri Manjung )

Berbasikal
( Kg. Permatang ) Pertandingan Lari Berhalang
( Kawasan SMTSM )
Orientering Bandar
( Seri Manjung )
-Flying Fox
-Abselling
-Terowong Cekal
( Balai Bomba )
Kompeni

B Explore Race Pekan Lumut Explore Race Pekan Lumut Menjejak Di Teluk
Batik Menjejak Di Teluk
Batik
Mendaki Bukit
Ungku Busu Mendaki Bukit
Ungku Busu Mendaki Bukit
Ungku Busu Mendaki Bukit
Ungku Busu
Menjejak Di Teluk
Batik Menjejak Di Teluk Batik Explore Race Pekan Lumut Explore Race Pekan Lumut


Catatan :

Pada Hari Ahad 01.07.2007 aktiviti akan diteruskan di mana pertukaran aktiviti
Kompeni A dan Kompeni B akan dilakukan
















Jadual Perkhemahan


Tarikh

Masa Jumaat
29.06.2007 Sabtu
30.06.07 Ahad
01.07.07 Isnin
02.07.07

0530 H – 0700 H Urus Diri / Solat Urus Diri / Solat Urus Diri / Solat
0700 H – 0800 H Perhimpunan pagi & Sarapan Perhimpunan pagi & Sarapan Perhimpunan pagi & Sarapan
0800 H – 1000 H
Aktiviti 1 Aktiviti 6 0800 H – urus kaw.
Perkhemahan
0830 H – Raptai
0930 H – Majlis
Penutup
- Jamuan VIP
1100 H – Berkemas
1145 H - Jamuan
- Bersurai

1000 H – 1030 H Minum Pagi Minum Pagi
1030 H – 1230 H
Aktiviti 2 Aktiviti 7
1230 H – 1415 H Makan tengahari / solat Makan tengahari / solat
1415 H – 1615 H Pendaftaran
Aktiviti 3 Aktiviti 8
1615 H – 1645 H -Talkimat tapak &
perkhemahan
- Agihan kumpulan
- Diri khemah Minum petang / solat Minum petang / solat
1645 H – 1845 H Aktiviti 4 Aktiviti 9
1845 H – 1915 H Urus diri / Makan malam Urus diri / Makan malam Urus diri / Makan malam
1915 H – 2115 H Solat / ceramah agama & moral Solat / ceramah agama & moral Solat / ceramah agama & moral
2115 H – 2315 H LDK ( Kaunseling)
Aktiviti 5 Aktiviti 10
1215 H – 2330 H Minum malam Minum malam Minum malam
2330 H Waktu Sunyi / Tidur Waktu Sunyi / Tidur Waktu Sunyi / Tidur















Perbelanjaan Terperinci

1. Makan & Minuman

Tarikh Perkara Kuantiti Kos/ Unit (RM) Jumlah (RM)
29.06.2007 Minum Petang 300 2.00 600.00
Makan Malam 300 5.00 1500.00
Minum Tengah malam 300 2.00 600.00
30.06.2007 Sarapan pagi 300 3.00 900.00
Minum Pagi 300 2.00 600.00
Makan Tengahari 300 5.00 1500.00
Minum Petang 300 2.00 600.00
Makan Malam 300 5.00 1500.00
Minum Tengah malam 300 2.00 600.00
01.07.2007 Sarapan pagi 300 3.00 900.00
Minum Pagi 300 2.00 600.00
Makan Tengahari 300 5.00 1500.00
Minum Petang 300 2.00 600.00
Makan Malam 300 5.00 1500.00
Minum Tengah malam 300 2.00 600.00
02.07.2007 Sarapan pagi 300 3.00 900.00
Minum pagi + Makan Tengahari (penutup) 300 7.00 2100.00
Jamuan VIP 30 20.00 600.00

JUMLAH 17700.00




1. Sewa Alatan dan Penyediaan Tapak
Bil Perkara Kuantiti Kos / Unit (RM) Jumlah
1 Sewaan Basikal 40 30.00 1200.00
2 Sewaan PVC Tank 6 50.00 300.00
3 Sewaan Tapak Aktiviti 2 300.00 600.00
4 Sewaan Bilik Hotel VIP (holding room) 1 300.00 300.00
5 Sewaan canopy 10 150.00 1500.00

JUMLAH 3900.00


2. Pengangkutan
Bil Perkara Kuantiti Kos / Unit (RM) Jumlah
1 Lori - pergi & balik 2 300.00 600.00




4. Peralatan Aktiviti

Bil Perkara Kuantiti Kos / Unit (RM) Jumlah
1 Kabel Elektrik 4 gulung 150.00 600.00
2 Lampu pendaflour 20 set 15.00 300.00
3 Sulfur 20 kg 18.00 360.00
4 Tali sempadan merah/ putih 4 gulung 7.50 30.00
5 Ubat – ubatan 4 unit lengkap 200.00 800.00
6 Alat tulis & kertas majung 10 set 25.00 250.00
7 Dakwat pencetak (Ink canon 3E,M6,Y6,B6) 4 set 120.00 480.00
8 Kertas glossy 100 helai 2.50 250.00
9 Kertas warna 2 rim 12.00 24.00
10 Kain putih 10 meter 8.00 80.00
11 Batang penyapu 10 batang 2.00 20.00
12 Fail kulit keras 20 buah 7.50 75.00
13 Wisel 15 unit 5.00 75.00
14 Lampu suluh (cw 2 x bateri) 20 unit 13.00 260.00
15 Air mineral ( botol kecil) 30 kotak 12.00 360.00
16 Kompas Orentering 10 unit 50.00 500.00
17 Bekas Agihan Makanan & Minuman 15 set 150.00 2250.00

JUMLAH 6714.00






























5. Hadiah , Saguhati Dan Cenderahati

Bil Perkara Kuantiti Kos / Unit (RM) Jumlah
1 Hamper bagi pertandingan intergrasi
a) Johan 6 100.00 600.00
b) Naib Johan 6 75.00 450.00
c) Ke tiga 6 50.00 300.00

2 Hamper bagi pertandingan antara sekolah
a) Johan 6 100.00 600.00
b) Naib Johan 6 75.00 450.00
c) Ke tiga 6 50.00 300.00

3 Hadiah Kadet Terbaik Unit Beruniform
a) Putera 2 150.00 300.00
b) Puteri

4 Hadiah Sumbangan Pegawai Unit Beruniform 1 200.00 200.00
- Tokoh Pegawai Terbaik

5 Cenderahati Jurulatih 40 30.00 1200.00
6 Cenderahati Badan Bantuan 20 100.00 2000.00
7 Cenderahati Perasmi 1 200.00 200.00
8 Sijil Penyertaan & Penghargaan 320 2.00 640.00

JUMLAH 7240.00



6. Foto dan dokumentasi

Bil Perkara Kuantiti Kos / Unit (RM) Jumlah
1 Kamera – Kodak & Bateri 8 50.00 400.00
2 Sewaan handycam 3 200.00 600.00

JUMLAH 1000.00


7. Urusetia dan Bahan Cetak

Bil Perkara Kuantiti Kos / Unit (RM) Jumlah
1 Alatan tulis LAMSAM 100.00 100.00
2 Alat cetak – dakwat 4 unit 120.00 480.00
3 Fail plastic keras 10 Unit 7.00 70.00
4 Laminating plastic – name tag 4 kotak 25.00 100.00
5 Clip & rantai tali name tag 350 unit 4.00 1400.00
JUMLAH 2150.00






ANGGARAN PERBELANJAAN KESELURUHAN PERKHEMAHAN


Bil Perkara Jumlah (RM)
1 Makanan dan minuman 17,700.00
2 Sewa alatan dan urusan penyediaan tapak 3,900.00
3 Pengangkutan 600.00
4 Peralatan aktiviti 6,714.00
5 Hadiah dan cenderahati 7,240.00
6 Foto dan dokumentasi 1000.00
7 Urusetia dan bahan tulis & cetak 2,150.00
8 Runcit 696.00
JUMLAH KESELURUHAN 40,000.00






Selamat menjalani aktiviti perkhemahan,

Terima Kasih.































PERINCIAN TUGAS JAWATANKUASA KERJA
PERKHEMAHAN PASUKAN UNIT BERUNIFORM
SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH TEKNIK NEGERI PERAK
KALI KE- 4 TAHUN 2007






1. Jawantankuasa kerja Urusetia & Pendaftaran

1. Melantik AJK
2. Menguruskan surat pelantikan jawatankuasa pengelola dan ahli-ahli
3. Bekerjasama dengan jawatankuasa jemputan, penyambut tamu, dan protokol untuk urusan surat jemputan
4. Membuat tempahan sijil dan cenderamata peserta
5. Bekerjasama dengan JK Buku Program
6. Bekerjasama dengan JK perasmian penutup
7. Membuat tempahan cenderamata VIP
8. Menyelaraskan tugasan di antara semua JK kerja
9. Menghadiri semua mesyuarat JK dan membentangkan laporan
10. Sentiasa ada kakitangan di bilik operasi dan berfungsi setiap masa.
11. Menyediakan borang penilaian akhir perkhemahan.
15. Menyediakan Anggaran Perbelanjaan
16. Melaksanakan pendaftaran peserta dan Jurulatih

2. Jawatankuasa Makanan dan Sajian

1. Mendapatkan jumlah peserta dan pegawai yang terlibat
2. Memastikan tahap kualiti makanan yang tinggi
3. Memastikan makanan disediakan dalam kuantiti yang mencukupi
4. Memastikan makanan disediakan dalam masa yang ditetapkan
5. Menentukan menu harian
6. Menentukan menu bagi kumpulan tertentu ( vegetarian )
7. Mengambil tindakan atas aduan yang berkaitan
8. Menentukan lokasi pengambilan makanan

3. Jawatankuasa Perasmian Penutup, Juruacara da Protokol

1. Menyediakan backdrop
2. Mengadakan raptai perasmian penutup
3. Menyusun aturcara penutup
4. Mengenalpasti juruacara dan pembaca doa
5. Bekerjasama dengan jawatankuasa siaraya
6. Menentukan tempat
7. Mengemas semula selepas upacara

4. Jawatankuasa Aktiviti ( Pertandingan & Integrasi ) dan Jurulatih

1. Menyediakan jadual aktiviti dengan petugas-petugas
2. Menyelaras dan memantau urusetia/ petugas bahagian dan perjalanan aktiviti sepanjang perkhemahan
3. Menyediakan borang pertandingan dan borang keputusan
4. Menetapkan tempat pertandingan
5. Berurusan dengan Pasukan Baantuan untuk aktiviti/jurulatih berkaitan
6. Menyediakan format/ syarat pertandingan
7. Menentukan jumlah hakim pertandingan
8. Melantik panel jawatankuasa rayuan
9. Mengatur taklimat untuk Pengurus-Pengurus Pasukan dan Jurulatih-Jurulatih







5. Jawatankuasa Keselamatan, Kebajikan dan Kecemasan

1. Memaklumkan kepada hospital/pusat kesihatan
2. Menyediakan kenderaan yang bertindak sebagai ambulans sekiranya berlaku kecemasan
3. Menyediakan ubat-ubatan dan peralatan pertolongan cemas
4. Menyediakan petugas dengan peralatan yang mencukupi semasa/ setiap aktiviti yang dijalankan.
5. Memastikan petugas mahir dalam Pertolongan Cemas
6. Merekod rawatan pesakit

6. Jawatankuasa Siaraya & Tayangan

1. Memastikan peralatan siaraya berfungsi disemua lokasi
2. Memastikan peralatan komputer riba , LCD & skrin disediakan
3. Memastikan pemain CD disediakan.


7. Jawatankuasa Peralatan dan Khemah

1. Bekerjasama dengan semua jawatankuasa untuk menentukan peralatan yang diperlukan
2. Menetapkan tempat pengagihan dan pemulangan alatan
3. Memastikan alatan selamat digunakan
4. Memastikan alatan dipulangkan dalam keadaan yang baik dan cukup

8. Jawatankuasa Persiapan Tempat

1. Menyediakan/ Menanda tapak perkhemahan mengikut jantina
2. Memastikan peraturan di tapak perkhemahan dipatuhi setiap masa
3. Memastikan tapak perkhemahan bersih
4. Memastikan pencahayaan / lampu dipasangkan ditapak khemah
5. Menyediakan tapak pelupusan sampah bagi lelaki dan perempuan

9. Jawatankuasa Seranta , Buku Program & Dokumentasi

1. Menyediakan kain rentang
2. Membuat hebahan yang berkaitan dengan perkhemahan
3. Menyediakan Buku Program
4. Menghubungi media massa
5. Berkerjasama dengan pihak urusetia
6. Membuat rakaman foto keseluruhan program (sebelum/ semasa/ selepas)
7. Mendokumentasikan program dan menyerahkannya kepada urus setia


10. Jawatankuasa Hadiah dan Cenderamata

1. Membuat tempahan hadiah
2. Menyusun tempahan hadiah (Johan, Naib Johan dan Ketiga)
3. Menguruskan cenderamata VIP
4. Menguruskan sijil penyertaan, sijil penghargaan.
5. Menyediakan keperluan alatan untuk majlis penyampaian hadiah
6. Mendapatkan senarai pemenang-pemenang daripada JK Pertandingan
7. Menyediakan petugas untuk majlis penyampaian hadiah
8. Memastikan penerima bersiap sedia awa







11. Jawatankuasa Kerohanian, Penghayatan Islam dan Moral

1. Memastikan segala kelengakapan dan kemudahan di surau
2. Merancang pengisian penghayatan Islam dan moral
3. Memastikan surau dalam keadaan sedia dan bersih
4. Memastikan semua peserta perkhemahan mengikuti program di surau
5. Menyediakan tempat dan menjalankan aktiviti moral bagi peserta bukan Islam


12. Jawatankuasa Jemputan dan Penyambut Tamu

1. Menyedia dan membuat urusan pos, surat dan kad jemputan kepada tetamu
2. Menyediakan penyambut tetamu
3. Menyediakan senarai tetamu jemputan
4. Mendapatkan maklumbalas kehadiran tetamu yang dijemput
5. Menentukan tempat duduk VIP, tetamu, dan jemputan
6. Bekerjasama dengan jawatankuasa buku program dan perasmian penutup

Tiada ulasan: