Rabu, 2 Disember 2009

LAPORAN INOVASI 2008 -2009

LAPORAN REKACIPTA DAN INOVASI

Nama Sekolah : SM Teknik Lebuh Cator Email : smtlc@streamyx.com
30450 Ipoh Perak

Tajuk Rekacipta : SUPER ABSORBENT

Ahli Kumpulan :

Pn Kamariahtul Izual bt Mohamed Tahir ( Guru Penyelaras )
Wan Norrossaini b Wan Saaidi
Muhammad Najmi b Ab Rahman
Noor Syazana bt Abd Hadi
Ummi Norasyidah bt Mohd Salleh

A. Pencapaian :

Tempat Ketiga Anugerah Reka Cipta Dan Inovasi Kejohanan Antara Teknik 2007 Peringkat Negeri Perak

B. Sinopsis Projek :


Kanji merupakan satu polimer asli yang mudah didapati dan boleh diubahsuai. Kanji juga boleh mengalami proses rangkai silang (cross-linked) di mana rantainya mampu bertaut antara satu sama lain membentuk gel yang mampu menyerap air. Berdasarkan sifat kanji yang istimewa ini Super Absorbent dihasilkan dimana kanji yang mempunyai atom hidrogen di dalam rantai polimernya digantikan dengan kumpulan karboksil dan kumpulan hidroksil yang mampu menyerap air dan menyimpannya dalam bentuk gel. Kanji terubahsuai ini boleh digunakan sebagai salah satu gel penyerap air yang terdapat di dalam lampin pakai buang untuk mengurangkan sisa buangan yang tidak terbiodegradasi.

Kelebihan :
Mampu terurai di dalam tanah selepas dibuang berbanding gel penyerap yang digunakan ddlalam lampin pakai buang masa kini yang boleh menyebabkan sumbatan pada saliran air dan tidak terurai bila dilupuskan.

Bahan- bahan yang digunakan :
Kanji ubi kayu, Natrium Hidroksida ( Larutan Alkali ), Hidroklorik Asid.

Kos :
RM 3.00 bagi setiap 50g yang dihasilkan
Masa penyediaan :
Seminggu
Cadangan Penambahbaikan :
Penggunaan kanji yang lebih menyerap contohnya menggantikan kanji ubi kayu dengan kanji jagung tetapi harganya lebih mahal.

Keperluan pasaran :
Boleh digunakan sebagai salah satu bahan penyerap di dalam lampin pakai buang ataupun penyerap air pada bahan pengelap (mop )




























LAPORAN REKACIPTA DAN INOVASI

Nama Sekolah : SM Teknik Lebuh Cator Email : smtlc@streamyx.com
30450 Ipoh Perak

Tajuk Rekacipta : EKO BMAS ( Bungkusan Mesra Alam Sekitar )

Ahli Kumpulan :

Pn Kamariahtul Izual bt Mohamed Tahir ( Guru Penyelaras )
MohdNazazulazwan bt Abdul Malik
Mohamad Fairus b Ismail
Mohammad Zuraimie b Ismail
Mohamad Saifullah b Rosli

A. Pencapaian :

Penyertaan Reka Cipta Dan Inovasi Kejohanan Antara Teknik 2009 Peringkat Negeri Perak

B. Sinopsis Projek :

Pengitaran semula kertas dapat membantu mengurangkan masalah pencemaran alam yang sering dikaitkan dengan penggunaan plastik dalam bidang pembungkusan makanan. EKO BMAS adalah kertas yang dikitar semula dengan mencampurkan bahan-bahan organik yang lain agar ianya boleh diguna pakai sebagai kertas kitar semula serba guna.

Kelebihan :
• Menggantikan plastik dalam bidang pembungkusan makanan
• Bahan organik yang digunakan sangat sesuai semasa proses penguraian mikroorganisma maka EKO BMAS akan terlupus secara semulajadi.

Bahan- bahan yang digunakan :
Daun Pandan, kertas terpakai, kulit kayu manis.
Kos :
RM 0.05 bagi setiap keping (Saiz A4) yang dihasilkan
Masa penyediaan :
3 hari
Cadangan Penambahbaikan.
Jadikan dalam bentuk bekas yang menarik atau dalam bentuk beg kertas.

Keperluan pasaran :
Menggantikan bekas polistiren yang merbahaya kepada kesihatan dan alam sekitar





































LAPORAN REKACIPTA DAN INOVASI

Nama Sekolah : SM Teknik Lebuh Cator Email : smtlc@streamyx.com 30450 Ipoh Perak

Tajuk Rekacipta : Aromatherapic Ink

Ahli Kumpulan :

Pn Kamariahtul Izual bt Mohamed Tahir ( Guru Penyelaras )
Wan Norrossaini b Wan Saaidi
Muhammad Najmi b Ab Rahman
Solihin b Hassan

A. Pencapaian :

Johan Pertandingan Reka Cipta Dan Inovasi Kejohanan Antara Daerah Peringkat Daerah Kinta 2006 dan
Tempat Ketiga Pertandingan (Karnival Sains) Reka Cipta Dan Inovasi Peringkat Negeri

B. Sinopsis Projek :

Penghasilan dakwat sering dikaitkan dengan bahan kimia yang merbahaya. Aromaterapic ink dihasilkan dengan menggunakan bahan semulajadi dan mampu menghasilkan bau yang bersifat aromaterapik. Tidak merbahaya keran tiada penggunaan pelarut organik.

Kelebihan :
Murah dan mudah dihasilkan. Mampu memberikan aroma yang mampu manjaga kesihatan badan.

Bahan- bahan yang digunakan :
Bahan organik seperti serbuk kopi, bunga telang dan kunyit
Kos :
Tidak pasti
Masa penyediaan :
1 hari

Cadangan Penambahbaikan :
Menggunakan bahan campuran seperti gam acacia agar dakwat lebih tahan lama diatas kertas.
Mampu digunakan di dalam mesin pencetak.

Keperluan pasaran :
Dakwat didalam marker pen atau pencetak.

Tiada ulasan: